We are two souls with but a single thought and two hearts that beat as one!

Friday 22 July 2011

6 Kelebihan Hari Jumaat ~Selamat Hari Jumaat~

*_* Jumaat dtg lg.... same2 la kita menghayati keistimewaan hari jumaat... jom kita kongsikn bersama2...

1.  Berlakunya hari kiamat.
 
    Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

  Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

  Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

  Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.

 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Wednesday 20 July 2011

Serba sedikit di majlis konvokesyen ku....

Congrat ctie!!

Tq darlink teman sy...
Saye lg...

Kanda Dinda...

Berjaya.........

Bunga dr mucuk...

Tuesday 19 July 2011

Bila bosan menjelma....apa akan jd...

Ptg2 cmnie terfikir apa itu kehidupan.... erm kadang2 apa y kita fikir... cmne nk jd y baik dikalangan y baik.. tp kadang2 apa y kita hajati xsemua nya akan ditunaikan... yup apa y dirancang pn xsemestinya berhasilkn....

Ini lah dikatakan dengan kehidupan...

Sungguh indah kehidupan ble xda y susah semuanya menyenang kn..kn..kn... tp dpt ke semua 2... huhu so renung2 kn la... ~Apa y aku repek nie ntah la aku pn xtaw.. tp tangan ku nie laju jew menaip setiap bait2 ayat y terlintas di minda bijak ku ini...~HEHEHE**

Percaya atau tidak semua nya dh tertulis.. apa y kita hajati kadang2 dpt n kadang2 tidak.... Semua di atas ketentuan y maha esa... Pe y berlaku adalah perancangan y maha esa... Betul x guys...
 
>> Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan ttp utk mencapainya perlu seribu mcm pengorbanan <<

Friday 15 July 2011

*InDah nya Kurn!Aan NYA* sY sanGaT2 bERsYuKuR (",)

9 bulan terlalu lama n bkn terlalu lama tp ia sangat2 seronok utk hadapi nya.... Sungguh indah kehidupan ini & sangat2 bersyukur dgn kehidupan ini.. Thnks GOD... Bnyk pengalaman y di tempohi selama 9 bulan... Dari bersusah2 dahulu insyllh bersenang2 akan datang.... Seronok sangat ble dia tendang menendang di dlm perut ku ini.... Alhamdulillah selama 8 bulan ini aku dpt atasi nya dengan baik tenang n bahagia sekali....

Sungguh tidak sabar sekali ble tiba masa aku tok melahirkan anugerah yang terindah ini... Pejam celik pejam celik dh nk dkt puasa n then raya Insyallh bakal cahaya mata ku akan lahir pada 28.8.2011 itu jangkaan doktor tp aku terima seadanya bila dia bersedia melihat keindahan dunia ciptaan ALLH S.W.T ini. 

Kelahiranmu amat dinantikan…Ayah dan ibumu sentiasa berdoa agar kelahiranmu nanti bisa menjadi penyeri rumahtangga kami. Harapan kami engkau bisa menjadi anak yang soleh/solehah, pencinta kepada ilmu dan menjadi pemimpin yang baik sama ada dalam keluarga ataupun masyarakat pada masa hadapan…AMIN...